BAHASA

    VISI DAN MISI

    FALSAFAH PENDIDIKAN YIK

    FALSAFAH PENDIDIKAN YAYASAN ISLAM KELANTAN ialah :

    "Pendidikan islam sebagaimana yang diterangkan pengertiannya dalam istilah-istilah ta'alim,

    ta'adib,irsyad dan tadris adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan potensi

    individu muslim sebagai hamba Allah dan khalifahNya di bumi secara menyeluruh dan bersepadu 

    untuk melahirkan insan seimbang dari segi rohani, aqliah, aqidah, emosi dan jasmani berdasarkan 

    ajaran islam.Usaha ini adalah bagi melahirkan muslim yang beriman, berilmu pengetahuan, beramal soleh dan layak

    berkhidmat untuk membangun keluarga, masyarakat, Negara dan Umat ".

     

     

     

    MATLAMAT PENDIDIKAN

    Matlamat Pendidikan Yayasan Islam Kelantan ialah :

    melahirkan muslim yang beriman , berakhlaq mulia , berilmu pengetahuan , beramal soleh dan layak berkhidmat untuk membangun keluarga , Masyarakat , Negara dan bangsa .

     

    VISI SEKOLAH

    ``MEHELIAH GETING SMU (A) YIK CEMERLANG AKHLAQ DAN AKADEMIK 2020``

    MISI SEKOLAH

    - memastikan pencapaian akademik dan kokurikulum serta shakhsiah pelajar sentiasa cemerlang

    MOTO SEKOLAH

    ``USAHA BERTERUSAN MENUJU KECEMERLANGAN``

     

    FALSAFAH SEKOLAH

    ``Berusaha untuk melahirkan generasi mukmin yang kamil, berilmu, beramal dan berakhlaq mulia serta mahir dalam semua bidang berlandaskan Islam ``

     

    © PORTAL MEHELIAH All Rights Reserved. Designed By ICT,MEHELIAH