Tugas-tugas
- Merancang dan menentukan jenis penubuhan,bilangan persatuan,kelab,pertubuhan berunifom dan sukan yang perlu ada di sekolah untuk dijajukan kepada majlis perancang.
- Merangka dan menyelaras hari,masa dan tempoh untuk kegiatan persatuan,kelab,pertubuhan berunifom, sukan dan permainan.
- Merangka dan mengendalikan program tahunan seperti kejohanan olahraga,merentas desa dan lain-lain yang diputuskan oleh majlis perancang/kerja sekolah.
- Merancang kegiatan atau aktiviti untuk menarik minat murid supaya cergas dalam program-program kokurikulum.
- Merancang bajet yang terlibat dalam semua aktiviti sukan/permainan, kelab/ persatuan badan berunifom dan aktiviti pertandingan semasa di peringkat sekolah, zon,negeri dan kebangsaan (KESSUMA dan MIISMAM).
- Menyelia dan mengelola papan pameran kokurikulum untuk pengetahuan umum dalam kawasan sekolah.
- Merancang dan merangka program dan aktiviti untuk mrid-murid supaya dapat membentuk sifat-sifat kepimpinan,kerjasama,berdikari,taat dan patuh kepada peraturan.
- Sentiasa memantau setiap jadual pertandingan, latihan dan pertandingan dalam semua aktiviti kokurikulum demi pencapaian para atlet atau peserta murid mencapai kejayaan cemerlang.
- Merancang dan mengemaskini unit persijilan bagi memastikan para murid yang terlibat dalam semua aspek pertandingan memperolehi sijil masing-masing dengan baik.
- Merancang aktiviti kokurikulum sekolah-rancangan jangka panjang/pendek.
- Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya 2 kali setahun.
- Menentukan peraturan kokurikulum sekolah.
- Menentukan takwim dan jadual murid.
- Memastikan penglibatan murid menyeluruh.
- Memastikan sekolah mengambil bahagian dalam kegiatan kokurikulum peringkat daerah/negeri/kebangsaan.
- Memastikan guru mematuhi takwim dan jadual kokurikulum.
- Menentukan tarikh temasya sukan sekolah, merentas desa, hari kokurikulum dan kegiatan lain.
- Menilai aktiviti kokurikulum dan membuat laporan aktiviti tahunan serta mengemaskini buku rekod aktiviti kokurikulum.
- Memastikan konsep sukan untuk semua dan menentukan peruntukan kewangan yang akan digunakan.
- Memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada guru dan murid yang telah menunjukkan prestasi cemerlang dalam bidang masing-masing.