BAHASA

    UNIT HAL EHWAL PELAJAR (2)

    UNIT HAL EHWAL PELAJAR

     Tugas- tugas

    • Melibatkan guru-guru dalam meningkatkan kebajikan sekolah dengan memberi fikiran dan pandangan melalui perbincangan dalam menggubal peraturan-peraturan sekolah dan jika perlu dan mengkaji semula dari masa ke masa.
    • Kes-kes disiplin yang berat perlu dirujuk kepada pengetua/guru besar sebelum tindakan diambil ke atas murid berkenaan.
    • Membincangkan dan membantu masalah kebajikan murid dengan tujuan untuk membantu dalam menangani masalah tersebut.
    • Menimbang dan menerima pandangan dan cadangan dari pelajar,guru serta ibu bapa mengenai hal-hal yang berkaitan dengan disiplin sekolah.
    • Memberi bimbingan dan panduan dalam hal pelantikan pengawas –pengawas sekolah.
    • Menyelaras aktiviti peningkatan keperibadian dan sahiah murid.
    • Mesyuarat:
    1. Ada dua jenis mesyuarat Jawatankuasa ini iaitu mesyurat sidang penuh dan mesyuarat sidang kes.Kekerapan kedua-dua mesyuarat ini diadakan adalah terpulang kepada keperluan dan budibicara pengetua/guru besar.
    2. Mesyuarat sidang penuh ialah mesyuarat yang diadakan bagi membentangkan dan membincangkan cadangan tambahan dan pindaan kepada peraturan yang ada dan membincangkan perkara-perkara yang berkaitan dengan kebajikan serta peningkatan sahsiah murid.(Semua Ahli Jawatankuasa dikehendaki hadir.)
    3. Mesyuarat sidan kes ialah mesyuarat yang diadakan dari semasa ke semasa berpendapat bahawa sidang demikian perlu diadakan.(Semua Ahli Jawatankuasa dikehendaki hadir).
    © PORTAL MEHELIAH All Rights Reserved. Designed By ICT,MEHELIAH