UNIT PENTADBIRAN AM
Tugas-tugasJ
- Memastikan pejabat Bilik Gerakan (Bilik Mesyuarat) sentiasa bersih, tersusun dan ceria.
- Memastikan semua peralatan yang berada di dalam pejabat dan Bilik Gerakan sentiasa selamat.
- Membuat jadual tugas rutin pejabat dan Bilik Gerakan seperti mengelap cermin, menyusun perabot dan peralatan serta buku tugas dan fail-fail.
- Memberi khidmat layanan kepada tetamu dengan penuh mesra dan senyuman.
- Menyingkirkan segala perkara-perkara yang tidak berkaitan di lobi pejabat dan bilik gerakan ( Perlu diingatkan kepada semua guru supaya tidak meninggalkan barang-barang mereka atau di bawah tanggungjawab mereka di pejabat – seperti buku rekod pelajar, kertas soalan dan jawapan, fail peribadi, buku-buku teks, barang pertukangan dan sebagainya demi menjaga kebersihan dan keceriaan pejabat.