PENGENALAN RINGKAS SMU(A) MEHELIAH
Sekolah Menengah Ugama (Arab) Meheliah Geting, Tumpat adalah sebuah sekolah ugama Kerajaan Negeri Kelantan yang dikelolakan oleh Yayasan Islam Kelantan. Ianya terletak di Kg. Tebing, Mukim Geting di jajahan Tumpat dengan jarak lebih kurang 1 kilometer dari Pekan Pengkalan Kubor (Kawasan Bebas Cukai) yang menjadi sempadan dengan negara Thailand dan 27 kilometer dari bandar Kota Bharu.
SEJARAH PENUBUHAN SMU(A) MEHELIAH
i- Penubuhan Pondok Meheliah :
Penubuhan sekolah ini adalah rentetan penubuhan pondok Meheliah Geting yang diasaskan oleh Tuan Guru Haji Nik Abdullah Bin Ismail pada tahun 1927. Beliau telah mendapat pendidikan di Makkah AL-Mukharramah.
Setelah tamat pengajiannya, beliau telah kembali ke tanah air untuk menabur jasa dan bakti dalam bidang keagamaan. Berkat daya usaha serta sokongan penduduk setempat maka tahun 1927 terdirilah sebuah institusi Islam yang berbentuk sistem
pengajian pondok. Manhaj pengajiannya ialah melalui pembacaan kitab-kitab lama yang dikarang oleh ulama-ulama tersohor di zaman silam seperti kitab-kitab karangan Syeikh Daud Al-Fatoni dan lain-lain.
Sejak penubuhannya, maka mula terpancarlah sinar Islam di desa ini. Sambutan dan sokongan daripada orang ramai amat menggalakkan. Sebahagian besar murid-muridnya terdiri daripada anak-anak tempatan yang amat dahagakan pengetahuan
Islam. Setelah berkhidmat menyumbang bakti selama 30 tahun, pada tahun 1957 beliau telah jatuh sakit dan akhirnya kembali ke rahmatullah.
Sumbangan beliau amat bermakna pada masyarakat dan
kerana jasanya telah lahirlah beberapa orang tokoh ugama seperti Almarhum Tuan Guru Saamah Bin Isa, Tuan Haji Awang Bin Saleh dan anak tunggal beliau, Tuan Guru Haji Nik Mat (Tok Guru Haji Nik Mat Pondok Meheliah ).
Setelah TUan Guru Haji Nik Abdullah meninggal dunia pada tahun 1957, pentadbiran dan pembangunan Pondok Meheliah diambil alih oleh Tuan Guru Haji Nik Mat yang merupakan anak tunggal Tuan Guru Haji Nik Abdullah. Amanah dan tanggungjawab ini adalah wasiat daripada ayahandanya yang wajib dipikul. Maka bermulalah era baru dalam sejarah perkembangan pendidikan di pondok Meheliah. Beliau telah menubuhkan kelas dewasa untuk membasmi buta huruf dikalangan penduduk kampung dan mempercepatkan pemahaman isi-isi kitab. Walaubagaimanapun sistem pengajian ini hanya bertahan selama 3 tahun sahaja kerana adanya persaingan dengan sistem persekolahan yang mula diperkenalkan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) seperti Maahad Muhammadi di Jalan Merbau, Kota BHaru.
TUAN GURU HJ. NIK MUHAMAD @ NIK MAT B. HJ. NIK ABDULLAH ( 1919- 1991 )
ii- Penubuhan Sekolah
Pada tahun 1960, satu perubahan besar telah berlaku dalam sistem pembelajaran, sehingga tertubuhnya sebuah sekolah agama rakyat yang dinamakan "Madrasah Meheliah Geting''. Kini
ianya dikenali dengan nama "SEKOLAH MENENGAH UGAMA (ARAB) MEHELIAH GETING". Selepas itu sekali lagi sistem persekolahan ini telah diubahsuaikan untuk diselaraskan dengan sistem pembelajaran dan sukatan yang diperkenalkan oleh Majlis Agama
Islam Kelantan (MAIK).
Sebuah jawatankuasa pengelola ditubuhkan untuk kemajuan sekolah dan dinamakan Jemaah Pengelola Kemajuan Sekolah dan dipengerusikan oleh Tuan Guru Hj. Nik Mat sendiri . Jawatan
ini dipegang oleh beliau sehingga akhir hayat beliau pada tahun 1990. Jawatan Mudir (Guru Besar/ Pengetua ) pula disandang oleh Ustaz Hj. Nik Abdul Rahman bin Hj. Nik Muhammad – menantu sulong beliau hinggalah ke tahun1978 apabila beliau
melepaskan jawatan sebagai Mudir untuk bergiat cergas dalam bidang politik .
iii- Perkembangan Tapuk Pentadbiran Sekolah
Pada tahun 1960 hingga tahun 1971 sekolah ini mula ditadbir oleh Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK). Bermula tahun 1971 sehingga tahun 1979 sekolah ini diletakkan
pula di bawah pentadbiran Jabatan Sekolah-Sekolah Agama (JASA) manakala bermula tahun 1980 hingga ke hari ini sekolah ini telah terletak di bawah pentadbiran Yayasan Islam Kelantan – sebuah badan berkanun Kerajaan NegeriKelantan.
Meheliah Geting Sekitar Tahun 1975
Madrasah Meheliah Geting Sekitar Tahun 1980-an
iv- Nama MEHELIAH :
Nama “ Meheliah “ diambil sempena nama kayu ‘mehel’ yang menjadi rangka asas dan bahan utama pembinaan Musalla (surau) Pondok Meheliah yang diasaskan oleh Tuan Guru Hj. Nik Abdullah
pada tahun 1927. Kayu mehel ini diangkut oleh Tuan Guru Hj. Nik Abdullah dari Selatan Thailand melalui jalan air (sungai) sehinggalah ke bumi Geting untuk dijadikan asas tempat perkembangan ilmu-ilmu Islam di daerah ini.
Pondok Meheliah Geting Tahun 1927
Penubuhan sekolah ini adalah rentetan penubuhan pondok Meheliah Geting yang diasaskan oleh Tuan Guru Haji Nik Abdullah Bin Ismail pada tahun 1927. Beliau telah mendapat pendidikan di Makkah AL-Mukharramah. Setelah tamat pengajiannya, beliau telah kembali ke tanah air untuk menabur jasa dan bakti dalam bidang keagamaan. Berkat daya usaha serta sokongan penduduk setempat maka tahun 1927 terdirilah sebuah institusi Islam yang berbentuk sistem pengajian pondok. Manhaj pengajiannya ialah melalui pembacaan kitab-kitab lama yang dikarang oleh ulama-ulama tersohor di zaman silam seperti kitab-kitab karangan Syeikh Daud Al-Fatoni dan lain-lain.
v- Perubahan Pentadbir-Pentadbir Sekolah
Pada tahun 1960 – 1978 sekolah ini merupakan salah sebuah Sekolah Agama Rakyat di Jajahan Tumpat yang di letakkan di bawah Majlis Agama Islam Kelantan
(MAIK) ditadbirkan oleh Mudir yang pertama Ustaz Hj. Nik Ab. Rahman b. Hj. Nik Muhamad – menantu Tuan Guru Hj. Nik Mat dan dibantu oleh beberapa orang guru termasuk anak-anak beliau iaitu Us. Nik Ismail, Hjh. Nik Habsah dan Hjh. Nik Zainab.
Bermula tahun 1978 Ustaz Hj. Nik Ab. Rahman b. Hj. Nik Muhamad meletakkan jawatan mudir kerana mencebur diri dalam bidang poltik dan pentadbiran sekolah ini disambung oleh Us. Nik Ismail bin Hj. Nik Mat – anak bongsu Tuan Guru Hj. Nik
Mat apabila– hingga beliau terpaksa melepaskan jawatan sebagai Mudir kedua pada tahun 1999 kerana sakit akibat di serang angin ahmar.
Pada tahun 2000 pertadbiran sekolah ini dipangku
oleh Us. Ibrahim bin Din selaku Penolong Kanan Sekolah (pada masa itu) selama satu tahun lebih sehingga dilantik Mudir/Pengetua keempat iaitu Us. Zakaria bin Awae pada pertengahan tahun Julai 2001sehingga 31 Julai 2003 apabila beliau melepaskan
jawatan sebagai Mudir.
Bermula pada 03 Ogos 2003 hingga sekarang sekolah ini ditadbir oleh Ustaz Ariffain bin Mis yang merupakan Mudir/ Pengetua Sekolah Menengah Ugama (Arab) Meheliah Geting,
Tumpat yang kelima – yang merupakan bekas pelajar SMU(A)Meheliah Geting.
Nama mudir :
1 Hj. Nik Ab. Rahman b. Hj. Nik Muhammad 1960 1978
2 Nik Ismail bin Hj. Nik Mat 1978 1999
3 Ibrahim bin Din (Pemangku ) 2000 Jun 2001
4
Zakaria bin Awae Jun 2001 31 .07. 2003
5 Ariffain bin Mis 03. 08. 2003
vi- Matlamat Penubuhan Sekolah :
Objektif utama dalam asal penubuhan sekolah ini adalah ;
1- Untuk melahirkan generasi mukmin yang berilmu, beramal dan berakhlaq mulia berlandaskan ajaran Islam.
2- Untuk melahirkan intelek
Islam yang mahir dalam semua bidang.
3- Untuk melahirkan Insan yang kamil.